"Sales saya makin jatuh. Dah cuba buat fb ads tapi tak menjadi!"
Anda pulang dari kelas atau seminar fb ads. Sampai sahaja di rumah, anda pun buka laptop dan terus cuba praktik apa yang dipelajari.
Tetapi tak menjadi!
Hati pun berbisik, “Mesti seminar tadi ajar teknik tipu!”
Bila kita pergi seminar atau bengkel kita hanya belajar taktik.
Kita tidak belajar strategi. Kita lupa perkara paling asas iaitu peta besarnya.
Ia tidak salah. Malah jika bernasib baik, mungkin taktik yang diajar dalam seminar itu kita berjaya dapat pulangan sales.
Cuma kebanyakan kes yang kami temui, sales makin jatuh tanpa kita tahu puncanya.
Akhirnya kita terpaksa pergi seminar lagi dan lagi.
Kenal pasti metrik yang perlu dilihat dalam marketing
Sales jatuh itu normal.
Kita sebagai usahawan, memang itulah cabarannya.
Kami pun sama merasa. Tipulah jika kami kata sales meletup-letup sepanjang masa.
Namun, yang membezakan orang bisnes dengan usahawan baru lain adalah ketika sales perlahan, orang bisnes tidak pening kepala. Ini kerana orang bisnes tahu dengan yakin apakah yang perlu dilakukan untuk kejar semula sales.
Orang bisnes tahu apa yang perlu dilakukan kerana mereka faham benar enjin jualan bisnes mereka.
Orang bisnes faham yang hanya ada 3 perkara sahaja yang boleh mereka lakukan untuk tingkatkan sales.
Dan orang bisnes juga faham yang mereka boleh ubah angka jualan dengan manipulasi angka-angka dalam sales funnel mereka, menggunakan ‘tools’ dan ‘parameter’ yang terbukti mempengaruhi jualan.
Semua itu dan banyak lagi adalah antara perkara asas yang ramai usahawan baru tidak tahu.
Pelik, kerana sebagai entiti bisnes, MARKETING adalah perkara paling asas sekali.
Marketing funnel pula adalah ASAS kepada MENJUAL.
"Saya beli dan ikuti panduan dalam kelas online enjin marketing dan faham bagaimana tingkatkan jualan."
Kami tunjukkan kepada anda peta besar dalam Digital Marketing.
Tidak perlu hadir ke seminar kerana ini bukan seminar atau bengkel.
Cari masa lapang, duduk di ofis atau di rumah dan belajar Digital Marketing bila-bila masa.
Belajar perkara paling fundamental dalam pemasaran digital supaya duit kita tidak terbakar sia-sia tanpa tahu puncanya.

Dapatkan segera dengan harga yang masih murah.
Selepas tonton dan masih tidak faham, maklumkan sahaja kepada kami untuk refund.
Kelas online ini kami bangunkan dengan tujuan memberi kefahaman yang jelas kepada anda mengenai digital marketing.
Supaya kita tidak lagi mengharap magik bila buat iklan. Supaya kita belajar baca metrik pemasaran yang betul.