"Orang lain terdesak main perang harga agar dapat satu pelanggan. Saya hanya tukarkan perkataan iklan untuk tambah pelanggan tiga kali ganda."
Penulis iklan jualan, Doru Catana memberitahu, “Setiap kali iklan diperbaiki, peniaga menaikkan jualan tiga kali ganda!“
Semua peniaga sedar masalah ini.
Mereka tahu, hari-hari menunjukkan produk semata-mata tidak akan menambahkan jualan.
Satu cara penjual dapat lakukan tanpa terpaksa membunuh harga setiap masa ialah dengan menukar sudut pandang pelanggan.
Bagaimana hendak lakukan?
Tukar pandangan pelanggan agar dia ada tujuan baharu hendak membeli.
Tambah prospek dengan menukar cara mesej iklan kita ditulis.